Benarkah Fadilat Tarawih Berbeza Pada Setiap Malam? Ini Penjelasan Mufti

Status hadis yang dipercayai ramai sebagai kita menikmati kelebihan berbeza apabila mendirikan solat sunat tarawih pada malam-malam tertentu adalah palsu.

Untuk pengetahuan anda, hukum solat tarawih ini adalah sunat muakkad. Atas sebab itu, kita sering mendengar tentang hadis-hadis berkaitan kelebihan solat sunat tarawih pada setiap malam.

Seperti yang anda tahu, umat Islam dituntut untuk menunaikan solat sunat tarawih di mana ia hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Kami kongsikan hadis palsu tersebut menerusi artikel ini:

1. Kelebihan solat tarawih malam pertama: Diampuni dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan solat tarawih malam kedua: Diampunkan dosa orang yang beriman apabila mengerjakan solat tarawih termasuk dosa-dosa ibu bapanya.

3. Kelebihan solat tarawih malam ketiga: Para malaikat di bawah Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain. Semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan solat tarawih malam keempat: Orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana yang diperolehi oleh mereka yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Kaaba, Mecca

5. Kelebihan solat tarawih malam kelima: Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama orang yang mengerjakan solat di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

6. Kelebihan solat tarawih malam keenam: Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur. Setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan tarawih pada malam tersebut.

7. Kelebihan solat tarawih malam ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS dan menolong nabi itu menentang musuhnya iaitu Firaun dan Hamman.

8. Kelebihan solat tarawih malam kelapan: Allah SWT mengurniakan pahala orang yang mendirikan solat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

9. Kelebihan solat tarawih malam kesembilan: Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

10. Kelebihan solat tarawih malam kesepuluh: Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan solat tarawih malam kesebelas: Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan solat tarawih malam kedua belas: Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.

13. Kelebihan solat tarawih malam ketiga belas: Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan solat tarawih malam keempat belas: Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih dan Allah SWT tidak akan menghisab mereka.

15. Kelebihan solat tarawih malam kelima belas: Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

16. Kelebihan solat tarawih malam keenam belas: Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan solat tarawih malam ketujuh belas: Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala nabi-nabi.

18. Kelebihan solat tarawih malam kelapan belas: Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah SWT! Sesungguhnya Allah SWT telah redha denganmu dan dengan kedua-dua ibu bapamu sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.”

19. Kelebihan solat tarawih malam kesembilan belas: Allah SWT akan meninggikan darjatnya.

20. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh: Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian individu yang mati syahid dan orang soleh.

white and brown city buildings during daytime

21. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh satu: Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

22. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh dua: Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.

23. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh tiga: Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.

24. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh empat: Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.

25. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh lima: Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

26. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh enam: Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh tujuh: Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh lapan: Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.

29. Kelebihan solat tarawih malam kedua puluh sembilan: Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan solat tarawih malam ketiga puluh: Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud), “Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang kau ingini untuk dimakan di dalam syurga.

Mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil dan minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.”

Akhir kata, Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda Ali bin Abi Talib tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Oleh itu, kita perlu kenal pasti akan kesahihan hadis itu sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penjelasan daripada mufti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca