Tahukah anda? Menurut Mirror.co.uk, berdasarkan hasil kajian mengatakan bahawa banyak anak yang dilahirkan atau menyambut hari jadi pada bulan Januari dan Februari akan menjadi orang yang kaya dan terkenal. Kajian ini dilakukan secara rawak untuk memilih orang yang berbeza dari pelbagai lapisan masyarakat, di mana penyelidikan dijalankan secara rawak.
The Journal of Social Sciences mendapati bahawa kebanyakan bintang Hollywood dilahirkan antara 20 Januari dan 18 Februari seorang yang terkenal dan juga kaya. Di bawah adalah ramalan yang diambil berdasarkan bilangan selebriti yang paling tinggi ialah zodiak aquarius.
Seperti selebriti terkenal Jennifer Aniston yang dilahirkan pada bulan Februari. Selain itu, tidak hanya Jennifer sahaja, antara artis Malaysia yang mempunyai bintang aquarius juga ialah Neelofa, Siti Nurhaliza, Aaron Aziz dan ramai lagi.
Orang yang dipilih dalam kajian ini adalah antara ahli politik, saintis, penulis, atlet, penyanyi, pelakon, dan selebriti. Dari 100 sampel meningkat kepada 200 dan 300 sampel, dinyatakan bahawa kebanyakan mereka berada dalam aquarius.
Untuk pengetahuan anda, aquarius digambarkan sebagai orang yang bertenaga, imaginatif, dan bebas sehingga dia dianggap sebagai orang yang mempunyai kerjaya tinggi dengan kreativiti dan berkeyakinan diri. Ciri-ciri yang dimiliki oleh zodiak aquarius dianggap sebagai ciri sokongan untuk memilih kerjaya atau menjadi seorang yang terkenal seperti artis Hollywood.
Ini juga sejajar dengan hasil penyelidikan yang mengatakan kebanyakan artis Hollywood mempunyai zodiak ini. Agak-agaknya pada pandangan anda adakah selebriti Malaysia yang terkenal lahir pada bula aquarius ini mempunyai ciri-ciri tersebut?
Sumber: Liputan