Belum Sempat Terima Rawatan COVID-19, Lelaki Ini Temui Ajal Atas Troli

COVID-19

Institusi kesihatan di New Delhi, India yang rata-ratanya penuh menjadi punca utama apabila seorang lelaki dijangkiti COVID-19 meninggal dunia di atas troli hospital.

Mangsa COVID-19, Shayam Narayan tidak sempat menerima rawatan meninggal dunia merupakan salah seorang dari ratusan mangsa di negara itu.

Menurut laporan, kematian Narayan tidak mungkin dikira secara rasmi dalam jumlah korban COVID-19 yang semakin meningkat di bandar ini. Hal ini kerana, Narayan mati tanpa dimasukkan ke hospital atau dibawa masuk ke bilik mayat.

Belum Sempat Terima Rawatan COVID-19, Lelaki Ini Temui Ajal Atas Troli
Ahli keluarga meratapi kematian seorang mangsa COVID-19 di luar perkarangan hospital ketika menunggu bagi mendapatkan rawatan
Sumber: Astro Awani

Sejumlah 332,730 jangkitan harian di India lebih tinggi berbanding dengan negara lain di dunia pada ketika ini. Dilaporkan lebih dari 300 kes dicatatkan daripada 2,263 kes kematian harian akibat COVID-19 di New Delhi sahaja.

Kekurangan bekalan oksigen dan katil pesakit di Hospital Guru Teg Bahadur yang terletak di timur laut ibu kota India merupakan punca kelumpuhan sistem kesihatan.

Penguasa perubatan hospital tidak pernah memberikan sebarang tindakan walaupun ramai pesakit maut di atas troli di luar hospital. Dilaporkan sebanyak 400 hospital awam di India bagi rawatan COVID-19 penuh dan setiap sejam dianggarkan seramai enam pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Ramai pesakit tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tetap datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan COVID-19. Berdasarkan data dalam talian, hanya 22 tempat tidur ICU daripada 4,500 yang tersedia di New Delhi pada masa ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca