Belum Reda Masalah COVID-19 Dan Taufan Amphan, India Kini Diserang Jutaan Belalang

Tahun 2020 boleh dikatakan adalah tahun yang menyedihkan buat rakyat India apabila mereka kini perlu berhadapan dengan serangan segerombolan belalang.

Walaupun fenomena belalang bukanlah sesuatu yang baru di negara itu, tetapi ia dikatakan serangan terburuk sejak 27 tahun. Untuk pengetahuan anda, serangan belalang ini boleh memusnahkan tanaman yang ada dan mempengaruhi kehidupan petani.

Bukan itu sahaja, lebih teruk lagi ia turut dijangka akan memutuskan bekalan makanan di sana.

Menurut Organisasi Makanan dan Petanian, dalam masa sehari sahaja sekitar 40 juta ekor belalang dapat makan bekalan untuk seramai 35,000 orang dengan anggapan bahawa setiap individu memakan dua, tiga kilogram untuk sampai ke sana.

Bagaimanapun, sumber makanan rakyat India dikatakan sudah banyak terjejas akibat serangan COVID-19 dan juga taufan Amphan yang melanda baru-baru ini.

Difahamkan, ia hanya dikesan di kawasan Ajmer sahaja pada 20 Mei yang lalu, tetapi dalam masa lima hari sahaja ia sudah sampai ke Dausa, Rajasthan yang dikatakan perlu menempuh jarak sekitar 200 kilometer untuk sampai ke sana.

Belalang yang dilaporkan tumbuh dan matang di wilayah Iran dan Pakistan ini telah menyerang 16 daerah di sana dan dijangka akan menyerang 17 daerah lagi dalam masa terdekat.

Oleh itu, kerajaan India telah mengeluarkan amaran dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengedarkan bahan kimia secukupnya bagi membendung serangan bersama pasukan dan bersiap sedia menghadapi serangan belalang yang akan berlaku.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca