Belum Reda Kes COVID-19, Mahasiswa Di China Diserang Norovirus Pula

Belum reda kes COVID-19, negara China dikejutkan pula dengan serangan virus terbaharu yang dipanggil Norovirus. Baru-baru ini, sejumlah remaja di sebuah universiti di Provinsi Shanxi China dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut.

Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di Taiyuan mengesahkan pelajar yang dijangkiti menunjukkan gejala muntah, cirit-birit dan demam. Walau bagaimanapun, anggota kakitangan hospital universiti berkenaan enggan memberikan apa-apa maklumat tambahan berkenaan status pelajar yang dijangkiti.

“Pada masa ini, hospital kampus dipenuhi dengan pelajar yang dijangkiti dan bilik asrama lelaki telah ditutup. Pelajar lain (yang tidak dijangkiti) hadir ke kelas seperti biasa,” kata beberapa pelajar di universiti itu kepada media.

Pada petang Khamis lalu, pihak universiti telah mengeluarkan kenyataan bahawa setelah mendapatkan rawatan, keadaan pelajar telah bertambah baik dan beberapa daripada mereka telah pulih.

Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ujian yang dilakukan oleh jabatan pengawasan kesihatan di bandar ini tidak menemui sebarang sumber makanan tercemar di kampus yang mungkin menjadi penyebab tularnya wabak tersebut.

Sementara itu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, lebih daripada 30 wabak Norovirus telah dilaporkan di seluruh negara sejak September tahun ini dengan jumlah sebanyak 1,500 kes.

Norovirus bukanlah berasal dari keluarga koronavirus. Koronavirus (kini dipanggil COVID-19) tersebar melalui titisan cecair badan yang terhasil daripada batuk atau bersin. Norovirus pula akan tersebar daripada tinja ataupun tahi orang yang dijangkiti. Bagi yang tidak tahu, tinja adalah sisa buangan bagi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan haiwan dan manusia

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca