Search
Close this search box.

Belum Reda Isu COVID-19, Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China

Dalam pada dunia masih mencari-cari vaksin bagi mengekang wabak pandemik COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula telah dikesan di sebuah bandar di utara China.

Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia. Hal ini telah mendorong kerajaan untuk mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.

“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.

“Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.

Sebelum ini, iaitu pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.

Pesakit yang berusia 17 dan 27 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.

Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.

Untuk pengetahuan, marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya ‘Marmota’.

Haiwan dalam kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika.

Sementara itu, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.

Jika tidak dirawat, ia mampu membunuh dalam masa 24 jam.

Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.

Untuk baca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca