Belum Mampu Hadiahkan Zuriat Buat Keluarga, Wanita Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Suami Sendiri

Berita dunia dikejutkan dengan khabar pahit tentang seorang suami yang tergamak membakar isterinya hidup-hidup gara-gara belum disahkan hamil selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Kejadian yang berlaku di Mesir ini melibatkan individu bernama Mohamed dan isterinya yang dikenali sebagai Aya.

Berdasarkan siasatan, Mohamed pada awalnya bertindak dengan mengikat tubuh mangsa kemudian menyimbah cecair mudah terbakar ke atas badan wanita berkenaan.

Selepas membakar tubuh badan mangsa, pelaku segera bergerak ke kediaman orang tuanya di Rod El Farag tanpa sebarang rasa bersalah.

Sejurus mengetahui perkara yang menimpa mangsa, jiran tetangga segera menghubungi pihak polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Sebaik ambulans tiba di tempat kejadian, mangsa dilaporkan sudah melecur sebanyak 70 peratus dan disahkan meninggal dunia.

Memetik daripada laporan pihak media Sinar Harian, terdapat saksi yang menyatakan bahawa pelaku dan ibu kandungnya sering mendera dan menyiksa mangsa kerana didakwa mandul.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa kini telah menahan pelaku. Untuk pengetahuan pembaca, lebih daripada 1.5 juta wanita di Mesir telah dijadikan mangsa penderaan setiap tahun.

Semoga arwah Aya tenang di sisi Sang Pencipta.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca