Belum Habis Dengan COVID-19, Letupan Besar Ini Pula Gegarkan Beirut

Masyarakat di seluruh dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dua letupan ‘misteri’ di Beirut yang telah memusnahkan beberapa buah bangunan di sekitar ibu negara Lubnan.

Susulan daripada letupan tersebut, beberapa buah hospital turut musnah. Kesannya, hospital yang masih ada mengalami kesesakan luar biasa kerana ia perlu menampung mangsa letupan dan pesakit COVID-19 pada masa yang sama.

Kementerian Kesihatan Lubnan turut menyatakan letupan besar itu telah meragut sekurang-kurangnya 78 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada 4,000 mangsa.

Sumber: CNN

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah gegaran daripada gempa bumi pada skala 3.3 magnitud ini turut dirasai oleh mereka yang berada di Cyprus iaitu 200 kilometer dari tempat kejadian.

Menteri Kesihatan Lubnan menyatakan bahawa sebuah kapal yang dipercayai membawa bunga api meletup di pelabuhan. Walau bagaimanapun, ukuran letupan yang didengar di seluruh negara itu menimbulkan kecurigaan di mana ia mungkin disebabkan oleh serangan roket atau peledakan bahan mudah terbakar.

Punca letupan masih lagi menjadi tanda tanya. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa percaya ia mempunyai kaitan dengan 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan untuk pertanian selama enam tahun di kawasan gudang pelabuhan tersebut.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut dengan insiden tersebut:

Akhir kata, Perdana Menteri Lubnan iaitu Hassan Diab turut memberi amaran bahawa pihak yang menjadi dalang di sebalik letupan itu akan diburu sehingga ke lubang cacing.

Semoga dalang di sebalik letupan itu menerima hukuman yang setimpal.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan gempa bumi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca