Belum Divaksin, Pelajar Medik Ini Dihalang Untuk Ambil Ujian

Seorang pelajar perubatan di sebuah universiti tempatan dikatakan telah dihalang daripada menduduki ujian kerana masih belum menerima vaksin untuk COVID-19.

Nik Farah Ellisha Mohd Razif yang berusia 22 tahun itu berkata bahawa dia sudah memaklumkan kepada pihak universiti dengan lebih awal yang dia tidak mahu divaksinasi.

Namun, pelajar tersebut memberitahu bahawa pihak universiti mewajibkan dia, seorang pelajar dalam bidang perubatan, untuk mengambil vaksin.

Setelah didesak oleh pihak universiti, pelajar itu akhirnya bersetuju untuk menerima vaksin tetapi dengan syarat dia boleh memilih jenama vaksin yang ingin diambilnya.

Dia turut berkata bahawa dia telah memaklumkan pihak universiti tentang keputusannya itu pada bulan April yang lalu.

Meskipun demikian, Nik Farah menyatakan bahawa dia masih belum mendapat sebarang tarikh untuk temujanji pemvaksinannya sebelum tarikh ujiannya iaitu pada 8 Jun.

Hal tersebut menyebabkan pelajar itu dihalang daripada mengambil ujian penting yang jatuh pada tarikh 8 dan 9 Jun dan menyebabkan dirinya dihalau keluar daripada dewan peperiksaan.

Walau bagaimanapun, Nik Farah telah memohon untuk menduduki ujian secara berasingan tetapi rayuannya itu ditolak oleh pihak universiti.

Susulan daripada itu, dia telah membuat lapotan polis mengenai perkara itu bersama Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malausia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Beliau mengulas dengan berkata PPIM mendesak satu siasatan lengkap dan menyeluruh dijalankan atas kes tersebut.

Tambahnya, pihak universiti juga tidak sepatutunya memaksa pelajar dan sebaliknya mendidik mereka dengan menjelaskan dengan baik.

Topik yang hangat ini juga telah mendapat perhatian seorang Pegawai Perubatan, Medical Mythbusters Malaysia, Dr Megat Mohamad Amirul Amirul Amzar yang sekali gus menyuarakan pendangannya.

Dalam sebuah hantaran di laman Facebooknya, beliau berkongsikan pengalaman dan informasinya sebagai seorang bekas pelajar perubatan dan seorang bekas pelajar sarjana.

Beliau menjelaskan bahawa peperiksaan perubatan ini melibatkan pesakit. Dengan menolak vaksin, pelajar itu akan merisikokan pesakit yang terlibat dalam peperiksaan itu.

Bukan itu sahaja, pelajar perubatan juga terlalu terdedah dengan risiko jangkitan sewaktu berada di kawasan rawatan seperti di klinik atau hospital.

Jadi, tanpa vaksinasi, risiko untuk pelajar perubatan dijangkiti akan menjadi lebih tinggi walaupun risikonya rendah dan mereka juga boleh menjangkiti orang lain.

Ujarnya lagi, pihak universiti seharusnya bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan pelajar secara keseluruhan dan beliau berharap agar isu pelajar tersebut dapat diselesaikan dengan lancar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca