Selepas 16 tahun mencuba, akhirnya Lionel Messi berjaya merangkul juara Piala Dunia 2022 apabila menewaskan Perancis sekaligus memberi kejayaan terbesar buat beliau dan Argentina apabila menjadi juara dunia buat kali ketiga.

Desas-desus berkenaan Messi akan bersara daripada karier bola sepak bersama Argentina selepas berjaya merangkul Piala Dunia adalah tidak benar.
“Saya tidak akan bersara daripada pasukan negara. Saya mahu terus bermain sebagai juara.
“Sudah tentu saya mahu menamatkan kerjaya saya dengan kejayaan ini dan saya tidak boleh meminta apa-apa lagi.

“Saya telah berjaya memenangi Copa America dan Piala Dunia hampir ke penghujung.
“Saya suka bola sepak. Saya seronok bersama-sama dengan skuad kebangsaan dan mahu jalan terus bermain beberapa lagi perlawanan sebagai juara dunia,” kata Messi melalui kenyataan daripada TyC Sport.

Keputusan Messi itu telah memberi harapan kepada pengurus dan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni supaya Messi boleh kekal sehingga Piala Dunia 2026.
“Messi seharusnya mempunyai tempat dalam saingan Piala Dunia yang seterusnya, kami mahu beliau terus bersama kami. Nombor 10 akan sentiasa sedia untuk beliau,” kata Scaloni.

Messi menjaringkan dua gol ketika perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3 sehingga tamat masa tambahan. Beliau juga menjaringkan gol dalam penentuan penalti sehingga membawa kemenangan kepada Argentina.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: