Bella Astillah Selamat Bersalin Anak Kedua

Penyanyi, pelakon dan juga isteri kepada Aliff Aziz telah selamat bersalin anak kedua mereka pada awal pagi semalam. Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah binti Awang Astillah, 26 tahun, memberitahu berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi perkongsian itu, Bella Astillah memuat naik satu foto dirinya bersama bayi perempuannya dengan kapsyen memberitahu dia sudah selamat bersalin pada jam 6.10 pagi semalam. Menurutnya juga dia ke hospital pada jam 3.30 pagi dan mengambil masa dua jam setengah untuk melahirkan anak keduanya ini.

Menurut Bella, tempoh melahirkan anak perempuannya ini mengambil masa yang agak lama, berbeza dengan kelahiran anak sulungnya yang terdahulu, Mohamad Ayden Adrean.

Sebelum ini, Bella dilaporkan reda biarpun terpaksa memasuki dewan bersalin tanpa ditemani Aliff Aziz berikutan pintu sempadan Malaysia-Singapura masih ditutup akibat pandemik COVID-19.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Walau bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Namun pasangan ini telah rujuk semula ketika dalam tempoh edah dan perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca