Bella Astillah Sedia Terima Aliff Aziz Semula

Pelakon yang mula menempa nama dalam industri hiburan, Bella Astillah dengan hati terbuka mengaku yang dia sedia untuk menerima bekas suami, Aliff Aziz kembali ke pangkuannya.

Menurut Bella yang berusia 26 tahun itu, keputusan yang bakal diambil akan dibincangkan bersama keluarga. Apabila tiba masa yang sesuai, mereka akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.

“Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh. Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean,” kata Bella.

“Saya tidak pernah membenci Aliff. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.”

“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,” ujar Bella.

“Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.”

“Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura,” katanya lagi.

Sementara itu, apabila disoal berkenaan foto yang tular pada awal bulan ini di mana ia memaparkan Bella merangkul lengan seorang lelaki, pelakon drama berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh itu tidak menafikan jejaka berkenaan adalah Aliff.

Menurutnya, gambar tersebut diambil semasa mereka bersama keluarga bersantai di Universal Studio Singapore (USS).

“Warganet hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.”

“Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.”

“Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti,” katanya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur selepas beberapa episod kecurangan berlaku.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik buat Aliff dan Bella.

Untuk baca artikel lain mengenai Aliff dan Bella, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca