Bella Astillah Dan Aliff Aziz Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Pelakon yang mula menempa nama dalam industri hiburan iaitu Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz berkongsi satu berita gembira di laman Instagram.

Pasangan itu mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi Instagram Live pada 13 Mei lalu. Pengumuman itu dilakukan di Instagram Live kerana Bella tidak dapat berada di sisi Aliff yang masih berada di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff menyatakan dalam Instagram Live tersebut bahawa dia masih belum tahu jantina cahaya mata kedua mereka kerana Bella merahsiakan perkara itu daripadanya.

Penyanyi Sayang Sayang itu juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah sama ada bakal cahaya mata mereka itu lelaki atau perempuan tetapi yang paling penting sihat.

Sementara itu, ahli keluarga Aliff turut kelihatan sepanjang sesi siaran langsung berkenaan termasuk adik perempuannya iaitu penyanyi Aisyah Aziz.

Aliff turut meluahkan rasa syukur atas kejutan yang diberikan kepadanya menerusi sebuah coretan di laman Instagram.

Bagi yang masih keliru, Bella mengesahkan dirinya dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami dan isteri ketika mereka masih dalam tempoh edah kira-kira Julai tahun lalu.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Bella Astillah dan Aliff Aziz, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca