Beli Semua Coklat Di 7-Eleven, The Rock Mengaku Pernah Mencuri

Dwayne Johnson (The Rock) pernah mencuri coklat Snickers setiap hari ketika zaman remajanya di kedai 7-Eleven di Hawaii.

Pelakon dan penggusti terkenal, The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Douglas Johnson kongsi di Instagram yang dia sering mencuri coklat Snickers ketika umurnya 14 tahun.

Johnson dan keluarganya pernah dihalau pada tahun 1987 dan kini mereka dapat pulang semula ke kampung halaman mereka, Hawaii.

Dalam video Reels oleh Johnson, dia telah merakam saat dia memborong semua coklat Snickers di 7-Eleven yang sering dia pergi dahulu.

Johnson juga mengatakan yang dia akan ambil satu coklat Snickers sebelum pergi gim. Oleh itu, dia mahu cuba betulkan kelakuannya itu dengan membeli semua coklat Snickers di kedai itu.

Tambahnya lagi, dia pernah bersihkan beberapa salah laku yang pernah dia buat sebelum ini dan dia tahu perkara ini nampak kelakar tetapi setiap kali dia lalu di hadapan 7-Eleven tersebut, dia merasakan yang dia perlu bersihkan semua coklat Snickers yang ada di kedai itu.

Pelakon Jumanji itu juga telah bayarkan barangan untuk setiap pelanggan yang ada waktu itu.

“Kita tidak boleh mengubah perkara yang dah lepas dan salah laku yang pernah kita lakukan tetapi kadangkala kita perlu cantikkan situasi tersebut dengan lakukan perkara baik dan mungkin dengan membuat orang lain senyum,” tulis Johnson.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca