Bagi saya, kalau anda tidak mempunyai ilmu yang cukup tentang pembelian rumah, baru setahun jagung, lebih baik anda membeli melalui ejen sahaja kerana urusan akan lebih mudah.
Lagipun, ejen sudah selalu menguruskan berkenaan jual beli rumah, networking pun hebat, kenal banker dan lawyer yang bagus.
“Malaslah beli rumah dengan ejen. Baik aku beli direct owner. Lagi murah. Ejen ni selalu mark up nak jual mahal.”
Kalau anda ingin tahu, komisyen ejen itu bukannya anda yang kena bayar. Tapi, owner rumah sebagai penjual yang akan bayar.
Satu perkara lagi, ejen ini pun tak suka menjual rumah yang terlalu mahal. Ejen lagi suka rumah dijual murah supaya lebih senang ia terjual kepada sesiapa yang mahu membeli.
Owner rumah pun ada yang tamak, nak jual rumah semahal yang boleh. Kadang-kadang ada yang jual atas harga pasaran.
Jadi, ejen lah yang akan memujuk owner supaya turunkan sedikit harga (murah). Bagi ejen, tak kisah murah sedikit asalkan close deal, rumah tersebut terjual.
Tetapi, kalau anda nak juga beli direct owner, boleh sahaja. Pastikan cukup ilmu di dada. Sebab semua perkara anda kena buat sendiri.
Sebagai contoh, transaksi anda perlu buat melalui pejabat peguam supaya hak anda terjaga. Elakkan membuat transaksi melalui tunai, sebab tiada bukti yang kukuh takut duit anda melayang.
Jadi buatlah keputusan yang bijak, semuanya bergantung kepada anda.
Perkongsian dengan izin penulis asal, Harith Faisal