Sekiranya anda tidak tahu, tular sebelum ini sebuah kartun Korea Selatan memaparkan seorang suami mendapatkan khidmat seorang juruteknik untuk memasang sebuah ‘router’ yang dinamakan sebagai Plash Speed.
Perkara tersebut dibuat bagi memastikan isterinya tidak dapat mengesan ia merupakan Sony PlayStation 5.
Kartun berkenaan berjaya meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube dan menjadi salah satu strategi para suami dalam mendapatkan Sony PS5 tanpa pengetahuan isteri.
Walaupun ia sekadar kartun, siapa sangka ia benar-benar berlaku dalam dunia realiti di mana seorang lelaki di Vietnam mengupah seorang juruteknik bagi menyorok PS5 di sebalik ‘router’ yang dinamakan Plash Speed.
Gaya juruteknik yang kelihatan berdedikasi menampalkan nombor hotline di tepi Sony PS5 berjaya mencuri perhatian warganet dan mengingatkan mereka kembali pada kartun berkenaan.


Difahamkan setakat ini, ahli keluarga beliau masih belum tahu mengenai strateginya membeli ‘router’ tersebut.

Namun memandangkan berita ini sudah tular di seluruh dunia, berkemungkinan ahli keluarga beliau sudah mula mengesyaki tindakannya itu.
Diharap lelaki berkenaan tidak perlu menjual kembali Sony PlayStation 5 yang dibeli.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: