‘Beli’ Populariti, BTS Antara Selebriti Yang Mempunyai Pengikut Palsu Tertinggi Di Instagram

Kumpulan ikonik K-Pop, BTS dan bintang Hollywood Ellen DeGeneres dilaporkan antara selebriti yang menggunakan akaun Instagram dan Twitter palsu.

Menerusi hasil siasatan Internet Control Message Protocol (ICMP), terdapat 10 selebriti terkenal yang mempunyai jumlah pengikut palsu paling tinggi dalam kategori ‘showbiz’.

Daripada sepuluh selebriti yang tersenarai, tempat pertama selebriti yang mempunyai jumlah pengikut palsu tertinggi diduduki Ellen DeGeneres di mana 58 peratus daripada pengikutnya di laman Instagram adalah palsu.

BTS pula menduduki tempat kedua dalam senarai itu. Percaya atau tidak, meskipun kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena ini mempunyai peminat di seluruh pelosok dunia yang terkenal dengan julukan BTS Army, 49 peratus daripada pengikut Instagram BTS adalah akaun palsu.

Tempat ketiga pula ‘disandang’ oleh Kourtney Kardashian dengan 48 peratus pengikut palsu.

Berikut adalah senarai 10 selebriti dengan pengikut palsu tertinggi:

1. Ellen DeGeneres (@theellenshow) – 58 peratus

2. BTS (@bts.bighitofficial) – 49 peratus

3. Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) – 48 peratus

View this post on Instagram

☁️

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

4. Taylor Swift (@taylorswift) – 46 peratus

5. Ariana Grande (@arianagrande) – 46 peratus

View this post on Instagram

really glad i checked the mail

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

6. Deepika Padukone (@deepikapadukone) – 45 peratus

7. Miley Cyrus (@mileycyrus) – 45 peratus

View this post on Instagram

Life’s a climb… but the view is great.

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

8. Katy Perry (@katyperry) – 44 peratus

9. Khloe Kardashian (@khloekardashian) – 43 peratus

10. Priyanka Chopra (@priyankachopra) – 43 peratus

Senarai ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram iaitu @atokdean pada pagi Jumaat dan ia ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Pada tahun lepas, 10 senarai akaun Instagram popular di Malaysia yang mempunyai pengikut palsu pernah didedahkan oleh seorang individu menerusi laman Twitter. Jumlah tersebut didakwa disemak menggunakan aplikasi IG Audit.

Antara selebriti yang tersenari termasuklah Neelofa, Amyra Rosli, Nora Danish, Zizan Razak, Hanis Zalikha, Mira Filzah, Yusuf Iskandar dan Uqasha Senrose.

Artikel Lain Untuk Di Baca