Beli Kopi Setiap Hari Di 7-Eleven Untuk Bertemu Dengan ‘Crush’, Lelaki Ini Akhirnya Hidap Penyakit Diabetes

Seorang lelaki Taiwan yang menaruh hati terhadap salah seorang pekerja wanita di kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia iaitu 7-Eleven telah disahkan menghidap diabetes. Namun, ia bukan kerana cintanya itu terlampau ‘manis’ tetapi gara-gara dia terlalu kerap membeli kopi setiap kali dia berkunjung ke situ.

Lelaki malang itu yang tidak diketahui identitinya berkongsi mengenai kisahnya di sebuah forum, Dcard, pada Isnin minggu lepas.

Dia cuba untuk mendekati wanita itu sejak dua tahun lepas lagi. Dia jatuh hati semenjak kali pertama melihat ‘cinta hatinya’ itu di premis berkenaan.

Demi mendapatkan perhatian wanita berkenaan di samping mahu wajahnya diingati, lelaki itu sanggup memesan kopi dengan permintaan yang jarang sekali dibuat orang iaitu dia mahukan kopi itu dibancuh dengan lima sudu gula.

Terperanjat dengan permintaan itu, wanita berkenaan bertanya, “Tak terlalu manis ke?”

“Tak semanis awak,” jawab lelaki itu yang berjaya mengukir senyuman di wajah wanita berkenaan.

Sejak hari itu, dia sering berkunjung ke situ semata-mata untuk memesan kopi dengan jumlah gula yang sama. Namun, lain pula jadinya apabila dia telah disahkan menghidap diabetes gara-gara perbuatannya itu.

Rata-rata warganet yang membaca kisah lelaki itu bersimpati. Pada masa yang sama, ada juga yang meragui kesahihan ceritanya. Apa-apa pun, janganlah sampai berbuat demikian semata-mata untuk dapatkan perhatian seseorang. Elok-elok tak ada penyakit, tak pasal-pasal kena diabetes!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca