Beli Kereta Guna 10 Guni Duit Syiling, Penjual Terpaksa Kira Duit Selama Tiga Jam

Media di China melaporkan, seorang lelaki di Zhoukou, wilayah Henan, China telah membeli sebuah kereta berharga 51,000 Yuan (RM33,163) dengan 10 guni duit syiling.

Membeli kereta secara tunai itu sememangnya normal dan sering kita dengari. Namun, membayar tunai menggunakan syiling sudah semestinya kedengaran pelik dan aneh.

Tiada siapa yang menyangka bahawa seorang pelanggan akan membayar kereta secara tunai dengan menggunakan duit syiling.

Seorang kakitangan di pusat menjual kereta tersebut, Chen menjelaskan bahawa lelaki yang bekerja di industri tepung itu membawa 10 guni yang berisi syiling untuk membelikan kereta untuk anaknya.

Jelasnya lagi, lebih 20 orang kakitangan yang terpaksa dikerah untuk mengira setiap satu daripada syiling tersebut yang mengambil masa lebih tiga jam lamanya.

Menurutnya, ini adalah kali pertama perkara seperti berikut berlaku di pusat jualan kereta berkenaan.

Kebanyakan warganet memuji para pekerja tersebut dan mengagumi kecekalan setiap kakitangan yang sanggup mengira duit syiling tersebut.

Tidak kurang itu, ada juga di antara warganet yang mencadangkan agar mereka menggunakan mesin pengira syiling.

“Kedai ini sangat bagus. mereka sanggup kira satu persatu. Kalau saya, saya dah tak sanggup lagi,” komen seorang warganet.

Seorang lagi warganet yang menegur, “Bukan ke bank ada mesin pengira syiling. Ianya lebih mudah untuk digunakan.”

Seorang lagi warganet berkata, “Selepas mengira kesemua syiling tersebut, mereka perlu ke bank untuk memasukkan wang dan kakitangan bank akan mengiranya sekali lagi.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca