Tular Beli Burger Sempena Hari Lahir Isteri, Lelaki Ini Pula Terima Kejutan Daripada Secret Recipe

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki yang membeli burger kerana dia tidak sempat membeli kek untuk menyambut ulang tahun kelahiran buah hatinya itu bersama-sama.

Perkongsian tersebut menjadi tular dalam sekelip mata dengan berjaya menerima 37,600 ulang kicau dan 35,800 sukaan sehingga hari ini.

Secret Recipe tidak terkecuali! Dikatakan bahawa mereka mempunyai kejutan untuk pasangan romantis itu. Selepas Secret Recipe memuat naik perkongsian itu di laman Twitter mereka, warganet pun tidak teragak-agak untuk membantu!

Lelaki yang dikenali sebagai Razif itu pun membawa isterinya iaitu Cik Pah dan anak mereka ke cawangan Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh staf-staf yang bertugas pada hari tersebut. Buktinya adalah menerusi empat keping gambar yang dimuat naik oleh Secret Recipe pada laman Twitternya.

Keluarga itu kelihatan gembira apabila diraikan dengan penuh meriah oleh semua yang berada di situ.

Sekiranya Razif terpaksa menyambut hari ulang tahun kelahiran isterinya bersama burger kerana tidak sempat membeli kek, semuanya berubah pada Sabtu lalu apabila dia kini boleh menyambut hari lahir buah hatinya dengan sebiji kek!

Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji usaha murni yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan dan teruja apabila melihat majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh Secret Recipe itu.

Sumber: Twitter

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca