Belanja RM5 Juta, Kapal Mewah Milik Jho Low Jadi Lokasi Pilihan Kylie Jenner Untuk Sambut Hari Lahir

Adakah anda semua masih ingat tentang kapal mewah yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi, Equanimity? Ia pernah dikaitkan dengan isu politik negara dan dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi. Kapal mewah yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan iaitu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini dikomersialkan buat sesiapa yang berminat.

Model dan personaliti televisyen popular, Kylie Jenner dilaporkan telah menyewa kapal mewah itu bagi sambutan hari jadinya yang ke-22 pada 10 Ogos ini.

Menurut laporan TMZ, kapar layar yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion itu akan menjadi lokasi mewah untuk sambutan ulang tahun Kylie bersama keluarganya dan juga 20 orang lagi tetamu lain.

Semata-mata untuk menghabiskan masa berparti dan berjemur selama seminggu di atas kapal layar sepanjang 300 kaki itu, Kylie dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak RM5 juta. Barangkali, RM5 juta bagi Kylie ibarat RM50 bagi kita semua.

Kapal layar mewah itu turut memuatkan 10 buah kabin, sauna, helipad, salon, jakuzi dan juga kolam renang.

Difahamkan, adik tiri kepada bintang realiti terkenal Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini akan belayar dan berlabuh selama beberapa hari di sekitar perairan timur tengah bagi meraikan sambutan hari lahirnya. Bukan biasa-biasa!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca