“Belakang Syifa Dating Dengan Orang Lain,” Warganet Dedah Safawi Rasid Sebenarnya Kaki Perempuan?

Buka sahaja mana-mana media sosial, pasti rata-rata sedang bercakap mengenai isu membabitkan Safawi Rasid dan adik ipar kepada pelakon terkenal tanah air, Syifa Melvin di mana prestasi pemain bintang pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan menurun gara-gara gadis berkenaan. Lebih menguatkan lagi dakwaan itu adalah apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut memuat naik beberapa Instagram Stories berkaitan hal tersebut di laman Instagram beliau.

Dalam pada rata-rata menuding jari terhadap Syifa, semalam giliran Safawi pula menjadi sasaran warganet apabila dia dikatakan bermain kayu tiga. Seorang pengguna Twitter di sebalik akaun @taqqhmd memuat naik satu ciapan mendakwa bahawa pemain kelahiran Terengganu itu keluar bersama wanita lain di Banafee Village.

Dalam ciapan yang sama, pengguna Twitter itu turut mendakwa Safawi juga ada menghantar mesej peribadi kepada gadis-gadis lain di media sosial.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter di sebalik akaun @kicap_maneh824 memuat naik satu ciapan di mana dia mendakwa bahawa pemain berusia 23 tahun itu mempunyai ‘bunga’ di sekeliling pinggang.

Malah, dia turut memuat naik empat keping foto Safawi bersama gadis berbeza termasuklah Sweet Qismina dan Wani Kayrie.

Tinjauan kami di ruangan komentar mendapati bahawa rata-rata bersetuju yang pemain bola sepak tempatan kebanyakannya adalah kaki perempuan dan mempunyai ramai teman istimewa dalam satu masa. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warga Twitter:

Namun begitu, ada juga segelintir yang tampil mempertahankan Safawi dan menegaskan foto-foto tersebut adalah gambar lama.

Apa-apa pun, semoga Safawi kembali fokus dan memberikan komitmen yang terbaik untuk pasukan JDT dan juga pasukan kebangsaan.

Untuk baca artikel lain berkenaan isu Safawi Rasid dan Syifa Melvin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca