Belajar Tanam Pokok Ganja Di Internet, Pasangan Suami Isteri Dan Rakan Akhirnya Ditahan

Tindakan sepasang suami isteri serta rakan mereka menanam pokok ganja di rumah selepas belajar cara berbuat demikian di satu saluran perkongsian video di internet akhirnya mengundang padah apabila perbuatan itu terbongkar. Ia sekali gus menyebabkan mereka ditahan oleh pihak polis. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kepala Batas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 28 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Butterworth pada Khamis lepas.

“Hasil siasatan awal mendapati aktiviti penanaman pokok ganja ini dipercayai bermula awal tahun ini. Suspek cuba menanam ganja dengan belajar melalui satu laman perkongsian video itu.

Ketiga-tiga mereka juga didapati tidak sempat menjual hasil tanaman itu kepada mana-mana pihak lain,” kata Noorzainy dalam satu sidang media pada Isnin.

Kata Noorzainy lagi, dalam serbuan itu, polis telah merampas empat pasu pokok ganja yang ditanam mereka sejak Februari lalu dengan setiap pokok dianggarkan bernilai RM200.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan direman selama tujuh hari. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, kami ada berkongsi kisah di mana seorang lelaki ditahan polis gara-gara menanam pokok ganja di hadapan rumahnya dan memberi alasan bahawa dia menyangka tanaman itu adalah pokok buluh. Untuk membaca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca