Belajar Sebut “Jangan Kacau”, Telatah The Flash Cuit Hati Warganet

Thomas Grant Gustin yang berlakon sebagai Barry Allen dalam siri televisyen terkenal The Flash belajar untuk menyebut perkataan bahasa Melayu bersama isterinya, Andrea Thoma.

Perkataan yang dipelajari oleh Thomas ialah, “Jangan kacau.”

Walaupun pelakon berusia 30 tahun itu menghadapi kesukaran untuk menyebut huruf G dalam perkataan jangan, Thomas tetap berusaha untuk menyebutnya dalam nada bergurau bersama isterinya.

Dalam pada itu, Andrea memuat naik video berkenaan berserta kapsyen yang mencairkan hati warganet.

Kapsyen itu berbunyi, “Salah satu daripada video kegemaran saya. Saya cuba untuk ajar G (Thomas) bagaimana untuk menyebut jangan kacau saya dalam bahasa Melayu. Ia selalu buat saya tersenyum.”

Posting tersebut berjaya memperoleh 139,488 sukaan dan 402,942 jumlah tontonan sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Thomas pernah memberitahu perancangannya tiga tahun lalu untuk memiliki hartanah di Malaysia pada masa hadapan.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2018 tetapi mereka berkenalan pada awal tahun 2016.

Sudahkah anda menonton video berkenaan? Apakah pandangan anda mengenai video berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai selebriti antarabangsa, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca