Bela Anjing Liar Baka Great Danes Sejak 2 Tahun Lalu, Wanita Ini Dibunuh Oleh Haiwan Peliharaannya Sendiri

Seorang wanita ditemui mati di sebuah rumah miliknya di bandar Clearcreek Township, Ohio, kira-kira 40 kilometer timur laut Cincinnati, Jumaat lalu.

Polis tidak menolak kematian wanita terbabit berkemungkinan dibunuh oleh anjing peliharaannya.

Dua ekor anjing baka Great Danes berwarna perang dan hitam di bahagian dek rumah serta kesan darah di sekitar kediaman berkenaan.

Menurut laporan polis, wanita itu telah diserang oleh anjingnya ekoran terdapat pelbagai luka termasuk di bahagian bawah badannya.

Suami mangsa, Mark Matthews, 49, mendapati isterinya terbaring kaku dan tidak memberi sebarang respons ketika dia baru pulang dari penjara daerah ketika itu sebelum segera menghubungi pihak polis.

Mark memberitahu polis bahawa anjing Great Dane hitam merupakan baka anjing yang sangat ganas malah dia menunjukkan tanda gigitan di lengan kanannya kepada pegawai.

Mark mungkin dapat menangkis serangan anjing berkenaan namun tidak bagi isterinya untuk mempertahankan diri ketika wanita itu bersendirian berikutan tubuh badannya yang kecil.

“Isteri saya menyelamatkan anjing terbabit kira-kira dua tahun lalu. Saya mahu membuangnya tetapi dia tidak membenarkan saya berbuat begitu memandangkan dia sangat menyukai haiwan,” katanya.

Pihak berkuasa percaya bahawa anjing itu bertindak menyerang wanita berkenaan namun anjing tersebut berjaya dikurungnya di luar rumah.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari kecederaan parah yang dialaminya kerana terdapat bukti bahawa dia telah menukar pakaiannya dan cuba membersihkan darah dengan tuala.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca