Bekerja Di Syarikat Sama Selama 84 Tahun, Lelaki Ini Dinobatkan Sebagai Pekerja Paling Setia

Seorang lelaki berusia 100 tahun dari Brazil telah bekerja untuk syarikat yang sama sejak 1938 menyebabkan secara rasminya  mendapat gelaran sebagai pekerja paling setia di dunia oleh Buku Guinness World Records.

Walter Orthmann mula bekerja di syarikat tekstil Industries Renaux S.A. (kini RenauxView) yang terletak di bandar Brusque pada 17 Januari 1938 ketika dia berusia 15 tahun.

Dia bermula sebagai seorang pembantu di jabatan penghantaran dan memegang jawatan itu selama bertahun-tahun.

Kemudian dinaikkan pangkat menjadi pembantu tadbir dan akhirnya pengurus jualan.

Orthmann mengikuti lawatan jualan di serata dunia sepanjang kerjayanya selama 84 tahun.

Dia pernah menerima gaji dalam sembilan mata wang berbeza dan menggunakan hampir setiap syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan di Brazil.

Pada Februari lalu, nama Walter Orthmann secara rasmi direkodkan dalam buku Guinness Book of Records kerana mempunyai kerjaya paling lama dalam syarikat yang sama selama 84 tahun dan 9 hari.

Pada 19 April lalu, Orthmann sudah berusia 100 tahun tetapi dia tidak bercadang untuk bersara daripada satu-satunya syarikat yang dia pernah bekerja. 

“Jangan marah, lakukan segala-galanya dengan gembira. Buat apa yang anda suka buat. Saya suka bekerja di sini dan tiada musuh. 

Hidup  dengan tenang kerana hidup ini hanya satu persinggahan di Bumi. Nikmatilah dan lakukan apa yang anda mahu,’’ kata Orthmaan ketika ditanya tentang nasihatnya kepada mereka yang mahu kekal aktif serta bekerja sehingga lanjut usia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca