Bekas Suami ‘Biawak Hidup’, Ibu Tunggal Tanggung 6 Orang Cahaya Mata

Setiap pasangan suami isteri pastinya mahu kekal bahagia sampai ke Jannah apabila telah melangkah masuk ke alam rumah tangga.

Berbeza pula dengan nasib seorang ibu tunggal kepada 6 orang anak termasuk seorang OKU ini, apabila diuji gagal dalam 2 perkahwinan serta tiada sumber pendapatan keluarga yang tetap. Memetik kisah daripada sumber Facebook Natipah Abu.

Terdahulu, Puan Alina diuji selama 2 tahun digantung tidak bertali oleh suami pertamanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dikhabarkan, lelaki terbabit telah mengabaikan keluarga serta langsung tidak pulang ke rumah. Rupa-rupanya, lelaki tersebut senyap-senyap berkahwin lagi satu.

Sejak itu, ibu tunggal ini mula melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidup dan anak-anak, sebelum bertemu jodoh kali kedua pada 2019.

Sumber: Facebook (@Natipah Abu)

Bagaimanapun, hidup yang dilaluinya ibarat terlepas daripada mulut buaya, masuk ke harimau pula.

Perkahwinan kali kedua beliau cuma bertahan selama 9 bulan sahaja selepas mengetahui bekas suami merupakan seorang penagih.

Bukan sahaja jadi ‘biawak hidup’ di rumah, malah beliau sering dimaki serta dibelasah oleh pasangan sendiri.

bekas-suami-biawak-hidup-ibu-tunggal-tanggung-6-orang-cahaya-mata
Sumber: Facebook (@Natipah Abu)

Difahamkan, lelaki berkenaan telah ditahan polis sebelum mereka berpisah berhubung dengan sikap agresifnya terhadap wanita itu.

Sementara itu, bekas suami pertama tidak pernah menghulurkan sebarang nafkah kepadanya, sehingga kini Puan Alina terpaksa menanggung kos tunggakan bil utiliti dan sewa rumah bersama 6 orang anaknya.

Wanita berusia 42 tahun itu tetap bersyukur kerana anak-anak masih tetap bersamanya, meskipun hidup serba kekurangan.

bekas-suami-biawak-hidup-ibu-tunggal-tanggung-6-orang-cahaya-mata
Sumber: Facebook (@Natipah Abu)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca