Bekas Ratu Cantik Ditahan, Tumbuk Polis Ketika Sekatan Jalan Raya

bekas-ratu-cantik-ditahan-tumbuk-polis-ketika-sekatan-jalan-raya
bekas-ratu-cantik-ditahan-tumbuk-polis-ketika-sekatan-jalan-raya
Sumber: Murai

Baru-baru ini, seorang wanita bekas ratu cantik negara telah menumbuk anggota polis dan ditahan selepas bertindak merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dalam satu kejadian di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Difahamkan, suspek berusia 28 tahun itu merupakan bekas ratu cantik negara dan turut bertindak agresif. Turut dipercayai, suspek berada di bawah pengaruh alkohol serta dadah dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita itu memandu kenderaan bersama seorang lagi rakannya dari arah ibu negara menghala ke Petaling Jaya.

“Suspek tidak menghentikan kenderaan untuk pemeriksaan dan telah merempuh SJR di Lebuh Raya Persekutuan.

“Anggota Kereta Peronda Polis (MPV) telah mengejar kenderaan yang dinaiki suspek sebelum berjaya ditahan di Jalan Universiti dekat sini”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, ketika pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dilakukan suspek bertindak menumbuk anggota polis.

“Rakan suspek juga turut tercedera selepas dipukul suspek yang berada dalam keadaan mabuk. Malah, kedua-dua wanita terbabit didapati positif dadah jenis ganja.

“Untuk tindakan lanjut, kedua-dua suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Memetik laporan dari portal rasmi KOSMO

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca