Bekas PM Mengaku Langgar SOP, Dr Mahathir Sedia Terima Tindakan

Mengaku Langgar SOP, Dr Mahathir Sedia Terima Tindakan
Bekas PM Mengaku Langgar SOP, Dr Mahathir Sedia Terima Tindakan
Sumber: The Straits Times

Pada 8 Mei lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ingin memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (COVID-19) yang ditetapkan ketika menghadiri sebuah program di Langkawi.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kesalahan itu dilakukan beliau semasa program sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah memetik satu kenyataan pada Rabu lalu.

“Pada acara tersebut, saya dimaklumkan telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut,” kata beliau.

“Ini merupakan satu kesalahan buat diri saya dan perkara seperti ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelaslah bahawa COVID-19 adalah wabak yang serius. Bahkan juga, ia tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan.

“Sesiapapun harus mematuhi SOP yang ditetapkan kerana ini dapat bantu membendung merebaknya penyakit ini. Kita juga tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana telah melanggar peraturan ini”, katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca