Bekas PM Dikenakan Kompaun Kerana Melanggar SOP

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 manakala seorang pengurus restoran nasi ayam juga telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan pada Khamis lalu.

Beliau menjelaskan bahawa pengurus restoran nasi ayam terbabit, Wei Hoa dipercayai telah gagal mengarahkan Najib mengimbas suhu dan mendaftar diri ketika memasuki premisnya di Bukit Bintang.

Tidak kurang juga, Najib turut dikenakan kompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mengimbas suhu badan dan mendaftar kehadiran.

Kertas siasatan kes pelanggaran SOP norma baharu oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara.

Katanya lagi, Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Yeok Wei Hao, telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mengarahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama dalam buku daftar sebagaimana yang disyaratkan dalam SOP norma baharu.

Dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempat penyakit berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (NO4) 2021.

Najib juga didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan yang sama kerana telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB.

Pihak PDRM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca