Bekas Pembantu Kanan Dedah Trump Tagih Bantuan China Untuk Menang Pilihan Raya

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merayu bantuan pemimpin China iaitu Xi Jinping untuk memenangi pilihan raya semula tahun ini, menurut bekas penasihat keselamatan negara, John Bolton di dalam bukunya yang mendedahkan segala perkara mengejutkan di belakang tabir.

Dalam satu kecaman hebat yang turut mendapat reaksi negatif dari Rumah Putih, Bolton mendakwa bahawa fokus Trump untuk memenangi pilihan raya buat kali kedua adalah pemangkin kepada semua dasar asing ciptaannya, dan pembantu kanan itu sering menjadi mangsa pemimpin Republikan lain untuk diperkecilkan.

Satu petikan yang disiarkan oleh The Washington Post, The New York Times dan juga The Wall Street Journal, Bolton turut mendakwa bahawa Trump berulang kali menunjukkan kesediaan untuk mengetepikan pencabulan hak asasi oleh China. Ia termasuk memberitahu Xi Jinping bahawa tindakan yang dikenakan ke atas etnik Islam Uighur adalah perkara yang wajar dilakukan.

“Sukar untuk saya kenal pasti keputusan Trump yang tidak dipandu oleh percaturan politik, sepanjang berkhidmat di Rumah Putih,” tulis Bolton mengenai Trump.

Presiden As itu juga didakwa menggunakan taktik kotor dari Ukraine ke atas saingannya iaitu Joe Biden pada Disember lalu.

Desah Bolton lagi, dalam satu pertemuan penting bersama Xi Jinping pada Jun tahun lalu, Trump telah menukar tajuk perbualan kepada pilihan raya presiden AS dan menyebut mengenai keupayaan ekonomi China yang mampu mempengaruhi keputusan serta merayu bantuan pemimpin China itu.

Bekas pembantu kanan itu juga menulis, Trump menekankan kepentingan petani AS dan bagaimana peningkatan pembelian kacang soya dan gandum dari China boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya presiden AS.

“Saya mahu mencetak kata-kata sebenar Trump namun proses penilaian penerbitan oleh kerajaan memutuskan sebaliknya,” kata Bolton, merujuk kepada manuskrip yang disemak oleh agensi AS beberapa bulan lalu.

Untuk baca artikel lain berkenaan Donald Trump, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca