Bekas Pemain Bola Ghana Ditangkap, Letak Kepala Dalam Peti Sejuk

bekas-pemain-bola-ghana-ditangkap-letak-kepala-dalam-peti-sejuk

Seorang bekas pemain bola sepak Ghana ditangkap atas dakwaan membunuh selepas beberapa kepala manusia, salah satunya milik remaja berusia 13 tahun ditemui dalam peti sejuk di rumahnya.

Dilaporkan Richard Gyamfi, 28, kini bertugas sebagai pengulas bola sepak ditahan polis pada Ahad lalu di rumahnya berhampiran dengan kawasan Perbandaran Sunyani.

Selain beberapa kepala, polis turut menemui anggota badan yang telah dipotong di dalam peti sejuk sama.

Kegiatan itu terbongkar selepas bapa remaja terbabit, Thomas Agyei datang ke rumah Gyamfi untuk mencari anak lelakinya, Louis Agyemang Junior.

Remaja berkenaan disyaki telah menuju ke rumah suspek dari taman berhampiran, lapor laman sosial Facebook Mart Carl.

Namun, Gyamfi memberitahu Agyei bahawa dia tidak pernah melihat Louis, malah dia menafikan ada kaitan dengan kehilangan remaja terbabit.

Bagaimanapun, seorang rakan Agyei memaklumkan bahawa dia telah melihat bekas pemain bola sepak terbabit membawa Louis masuk ke dalam rumah.

Bagi mendapatkan kepastian, Agyei bersama rakannya masuk ke rumah Gyamfi dan pada mulanya mereka tidak menemui apa-apa yang luar biasa.

Perkara itu menimbulkan rasa curiga dan mereka tidak berpuas hati, Agyei serta rakannya terus menggeledah ruang di dalam rumah sebelum menemukan bilik dengan pintu yang terkunci.

Kemudian Agyei mendesak Gyamfi untuk membukanya, namun lelaki itu enggan berbuat demikian dengan alasan kunci pintu bilik berkenaan hilang.

Berang dengan jawapan yang diberikan, Agyei dan rakannya menendang pintu bilik tersebut sebelum menemukan mayat anaknya tanpa kepala di lantai.

Mereka segera menghubungi polis untuk datang ke lokasi kejadian dan kemudian dua lagi kepala serta beberapa bahagian tubuh manusia ditemui di dalam peti sejuk.

bekas-pemain-bola-ghana-ditangkap-letak-kepala-dalam-peti-sejuk
Sumber: Go TV

Sehubungan dengan itu, identiti mangsa lain masih belum didedahkan.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Perkhidmatan Polis Ghana, Alexander Kwaku Obeng menerusi media tempatan bahawa mayat mangsa dibawa ke bilik forensik hospital Perkhidmatan Ghana di Accra untuk dibedah siasat.

“Keluarga mangsa, penduduk setempat dan pegawai polis terbabit dalam kes itu dirujuk ke pakar psikiatri bagi mendapatkan sokongan, sementara menunggu hasil bedah siasat.

“Siasatan dijalankan dan suspek ditahan untuk disoal siasat”, ujarnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca