Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya tindakan bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bong Guang Yik yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama di media sosial baru-baru ini.

“Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Malaysia dan badan induk badminton negara, beliau bukan lagi atlet negara dan adalah bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.
“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau (Guang Yik) dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau sudah meminta maaf.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.
“Saya ulangi pendirian – sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini.
(1) Saya sudah semak dengan @MSNMALAYSIA @BA_Malaysia, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia. pic.twitter.com/2nK1fMJBp4
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) February 13, 2023
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Guang Yik bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Dalam video itu, Guang Yik yang kini menjadi jurulatih badminton di China mendakwa pihak pengurusan BAM yang majoritinya orang Melayu menjadi punca kejatuhan prestasi sukan itu.
Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan setiap kali waktu solat.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: