Bekas Kekasih Johnny Depp Nafi Cerita Amber Heard, Kate Moss Beri Keterangan

Amber Heard buka cerita, Johnny Depp pernah tolak Kate Moss hingga jatuh tangga. Moss beri keterangan tentang perkara tersebut di Mahkamah.

Moss merupakan kekasih Depp ketika tahun 1994 hingga tahun 1998 dahulu. Beliau adalah seorang model di Britain.

Heard sudah memberi keterangannya di mahkamah ketika perbicaraan antara Depp dan Heard dijalankan, Dalam keterangannya itu, Heard mengatakan bahawa dia pernah dengar cerita dari orang lain yang Depp pernah tolak Moss hingga jatuh tangga.

Baru-baru ini, Moss muncul dalam perbicaraan tersebut untuk memberi keterangan tentang perkara tersebut.

Dalam keterangan tersebut, ia membincangkan tentang kejadian di Jamaica ketika Depp dan Moss sedang bercuti.

“Kami meninggalkan bilik dan Johnny meninggalkan bilik itu dahulu. Ketika itu sedang hujan ribut dan ketika saya keluar dari bilik, saya tergelincir hingga jatuh tangga dan membuatkan belakang badan saya sakit.

“Saya menjerit kerana tidak tahu apa yang telah berlaku dalam kesakitan. Dia berlari ke arah saya dan dukung saya ke bilik untuk rawatan,” terang Moss pada juri.

Moss turut menidakkan segala soalan tentang dirinya pernah ditolak oleh Depp dan peguam Heard sempat menghalang Moss menjawab soalan tentang mengapa model itu mengambil keputusan untuk menjadi saksi Depp pada hari tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan Johnny Depp dan Amber Heard, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca