Bekas Guru Matematik Cucu Sultan Brunei Ini Buka Rahsia Bagaimana Anak-Anak Kuasai Sifir Dengan Pantas

Siapa antara ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah di mana anak-anak mereka lambat hafal sifir? Sifir ialah asas Matematik. Apabila kanak-kanak lambat kuasai sifir, mereka akan menjadi lebih takut pada nombor dan sekali gus tidak suka Matematik. Oleh itu, kami akan kongsikan cara mudah dan efektif untuk membantu anak-anak anda kuasai sifir dengan pantas, mudah dan menarik menerusi artikel ini.

Modul Pentagon Sifir

Pentagon Math telah melancarkan alat bantuan mengajar kreatif iaitu Pentagon Sifir pada Januari lalu. Untuk pengetahuan anda, cara hafal sifir ini mudah sahaja.

Buktinya, Pentagon Sifir mampu membuatkan kanak-kanak seawal usia lima tahun kuasai sifir dalam masa tiga jam sahaja. Menarik bukan?

Sekiranya anak-anak anda tidak mampu kuasai asas Matematik iaitu sifir, ia akan mengganggu pembelajaran mereka dalam jangka masa panjang.

Hal ini demikian kerana mereka akan lambat mengira dan ketinggalan serta memperoleh markah rendah dalam subjek ini. Kesannya, mereka akan kurang meminati Matematik.

Menurut pengasas Pentagon Math iaitu Sulaiman Syah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Che Man, modul Pentagon Sifir ini bermain dengan psikologi kanak-kanak.

Modul Pentagon Sifir ini menggunakan cara yang unik. Mereka akan bermula dengan nombor besar terlebih dahulu. Apabila anak-anak berjumpa dengan nombor yang lebih kecil, mereka akan berasa lebih seronok dan cepat untuk menghafal kerana nombor-nombor yang berikutnya sudah semakin kecil.

Pentagon Sifir akan membuatkan kanak-kanak menghafal sifir dengan pantas. Ini kerana mereka akan percaya Matematik merupakan mata pelajaran yang mudah, cepat dan seronok.

Kelebihan Pentagon Sifir

Mula bertapak di Brunei Darussalam pada tahun 2011, modul Pentagon Sifir ini telah membantu kira-kira 2,000 pelajar dari 200 buah sekolah rendah, menengah dan universiti di negara tersebut.

Alat bantuan mengajar ini menggunakan sistem ganjaran, flashcard dan stiker untuk menarik perhatian kanak-kanak seawal usia lima tahun untuk belajar sifir atas inisiatif mereka sendiri. Ia disusun dengan cara-cara menarik menggunakan formula-formula mudah supaya ia lebih mudah untuk mereka kuasai sifir.

Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menulis atau menampal Big Reward yang bakal diberikan kepada anak-anak sekiranya mereka berjaya menghafal sifir dan mengumpul semua Gem Reward.

Big Reward boleh datang dalam pelbagai jenis iaitu permainan video, basikal, set anak patung, lego atau nikmati makanan enak bersama keluarga tertakluk kepada kreativiti ibu bapa.

Dalam pada itu, flashcard diperkenalkan supaya kanak-kanak tidak perlu membuat banyak penghafalan. Setiap kotak Pentagon Sifir mengandungi sembilan flashcard. Setiap flashcard mempunyai tiga sehingga enam sifir sahaja yang perlu dikuasai.

Semua flashcard mempunyai elemen ganjaran. Setiap kali anak-anak berjaya menghafal sifir pada flashcard tersebut, mereka akan memperoleh Gem Reward yang berbentuk stiker.

Apabila berjaya hafal sifir pada flashcard berkenaan, mereka boleh melekatkan Gem Reward di belakang kad tersebut. Ia akan menaikkan semangat anak-anak untuk menguasai sifir kerana mereka akan mengejar Gem Reward dan Big Reward pada masa yang sama.

Testimoni pembeli Pentagon Sifir

Cikgu Addie (kiri) dan Che Man (kanan)

Untuk pengetahuan anda, pengasas Pentagon Sifir iaitu Che Man dan Cikgu Addie pernah berkhidmat di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam sebagai Math Coach kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez Pengiran Anak Khair Ul-Khalil pada tahun 2019.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez Pengiran Anak Khair Ul-Khalil ialah cucu Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu Sultan Brunei.

Cikgu Addie bersama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez Pengiran Anak Khair Ul-Khalil

Secara ringkasnya, beliau menggunakan alat bantuan mengajar sama untuk memberi tunjuk ajar kepada cucu Sultan Brunei selama enam bulan tersebut dengan apa yang ada dalam Pentagon Sifir.

Che Man bersama cucu Sultan Brunei iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez Pengiran Anak Khair Ul-Khalil

Sekiranya anda mahu tahu, modul Pentagon Sifir ataupun lebih dikenali sebagai KiTANi Maths di Brunei sebelum ini mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Brunei. Buku sifir mereka iaitu Gula-Gula Sifir telah diedarkan kepada semua perpustakaan sekolah rendah di Brunei.

Sumber: Facebook Soleh Solehah

Untuk pengetahuan anda, lebih 3,000 kotak Pentagon Sifir telah berjaya dijual walaupun baru sahaja satu bulan berada di pasaran. Bagi yang mahu tahu sama ada Pentagon Math ini berkesan atau tidak untuk anak-anak, tinjauan kami di laman Facebook mendapati rata-rata warganet mempunyai pendapat positif berkenaan produk tersebut:

Cara beli Pentagon Sifir

Apabila membeli Pentagon Sifir, anda akan dapat lima buah video, flashcard, Gem Reward, buku manual lengkap dengan cara mengajar, set soalan dan jawapan untuk memudahkan ibu bapa serta carta ulang kaji dalam kotak tersebut.

Cara hafal sifir ini sebenarnya mudah sahaja. Untuk sifir satu sehingga lapan, kanak-kanak akan belajar menggunakan flashcard. Sebelum kami terlupa, empat buah video tutorial iaitu sifir sembilan sehingga dua belas hanya boleh ditonton di Google Classroom sahaja.

Dengan menggunakan kod dalam kotak tersebut untuk akses Google Classroom, anda boleh belajar sifir 9 sehingga 12 bersama anak-anak menerusi video tutorial dalam aplikasi berkenaan.

Kepada anda yang mahu dapatkan Pentagon Sifir, boleh layari laman sesawang rasmi mereka iaitu pentagonmath.com pada harga RM60 untuk setiap kotak.

Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan sekotak Pentagon Sifir pada harga RM50 sahaja sekiranya menggunakan kod kupon PS100. Jimat bukan?

Jangan risau, pihak Pentagon Math boleh uruskan penghantaran ke seluruh Malaysia. Anda hanya perlu klik pada pautan tersebut dan tunggu sahaja Pentagon Sifir sampai ke hadapan rumah.

Anda boleh ikuti Pentagon Math di laman Facebook dan YouTube untuk perkembangan terkini mereka.

Facebook: https://www.facebook.com/pentagonmath/

YouTube: http://bit.ly/testimonips

Laman web: pentagonmath.com

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca