Siapa sahaja tidak kenal penyanyi berkumpulan yang popular sewaktu ketika dahulu iaitu Ukays. Bagaimanapun, salah seorang anggota penyanyi berkumpulan yang dikenali sebagai Akel Zainal dilaporkan terbunuh dalam suatu serangan udara oleh pihak tentera Rusia di Syria pada awal tahun ini.
Difahamkan bahawa Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang berusia 40 tahun dipercayai dibunuh pada bulan Januari atau Mac tahun ini.
Kenyataan tersebut telah dilaporkan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih menyedihkan apabila bukan Akel Zainal sahaja yang menjadi mangsa dalam peristiwa itu. Namun, isteri dan anaknya berumur tiga tahun juga tewas menjadi korban. Menurut laporan berita, rumah yang didiami oleh Akel dan keluarganya telah dibedil oleh sepasukan tentera gabungan.
Akel, bekas gitaris kumpulan Ukays terkenal di Malaysia pada tahun 1990-an dikatakan telah meninggalkan Malaysia pada tahun 2014 untuk menyertai Daish di Syria sebagai perunding bagi menggantikan arwah Muhammad Wandy Mohamad Jeli.
Semoga roh arwah Akel Zainal dan keluarganya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.