Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Ini Akhirnya Disahkan Lelaki

Bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia iaitu Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki selepas 28 tahun. Keadaan fizikal Aprilia yang menghidapi hipospadia cenderung menjadi lelaki walaupun beliau dikatakan sebagai seorang perempuan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, hipospadia ialah krisis kekeliruan dalam menentukan alat kelamin seseorang sama ada ia untuk perempuan atau lelaki. Jantina individu tersebut adalah berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka.

Sumber: Instagram @manganang92

Memetik laporan Kompas, Aprilia yang kini berusia 28 tahun sudah disahkan menghidapi penyakit ini sejak lahir. Walau bagaimanapun, beliau tidak mampu melakukan pemeriksaan selanjutnya kerana masalah kewangan keluarga.

Disebabkan masih belum ada peralatan perubatan canggih pada waktu itu, doktor mengesahkan Aprilia adalah seorang perempuan berdasarkan pandangan mata kasar pada ciri-ciri fizikalnya. Jantina itu kekal tercatat dalam sijil kelahiran Aprilia dan kad pengenalannya.

Dalam pada itu, Aprilia difahamkan berkhidmat sebagai angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi pasukan Korps Wanita Angkatan Darat (KOWAD).

Sumber: Ohbulan

Walaupun berkhidmat sebagai angkatan TNI, Aprilia juga sering dipanggil untuk mewakili pasukan bola tampar wanita Indonesia. Sekiranya anda mahu tahu, Aprilia pernah menjulang pingat emas untuk Indonesia pada temasya Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2015.

Pada temasya Sukan SEA 2019, tuah tidak menyebelahi dirinya apabila Aprilia telah mengalami kecederaan teruk pada lutut. Ia sekali gus memaksa beliau mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya sebagai seorang atlet bola tampar dan fokus pada tentera.

“Saya memang seorang perempuan. Walaupun begitu, berdandan bukanlah satu hal yang saya minat seperti perempuan lain. Nama Aprilia itu sudah sebati dengan watak perempuan tomboi.

Setiap tentera wanita diwajibkan untuk bersolek terutamanya ketika menghadiri acara majlis rasmi. Saya sememangnya tidak rela bersolek. Namun, apa yang paling melucukan adalah apabila melihat gambar diri sendiri dengan wajah kaku tetapi ada sentuhan solekan,” jelas Aprilia.

Sumber: Tribun News

Selepas bertahun-tahun menjadi tentera wanita, pihak atasan TNI iaitu Jeneral Andika Perkasa mula perasan perubahan yang tidak kena pada fizikal Aprilia.

Atas sebab itu, Aprilia menjalani pemeriksaan fizikal pada 3 Februari lalu. Keputusan perubatan mengesahkan bahawa Aprilia cenderung untuk menjadi seorang lelaki.

Jeneral Andika meminta Aprilia menjalani pembedahan pembetulan jantina selepas mengetahui keputusan tersebut. Sementara itu, Aprilia difahamkan sedang menjalani pembedahan peringkat pertama sebelum berubah menjadi lelaki sebenar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca