Bekalan Makanan Daripada Sisa Buangan, Keluarga Ini Hidup Tanpa Bergantung Pada Wang

Setiap individu memerlukan wang untuk teruskan kehidupan. Barangan yang hendak dibeli memerlukan wang untuk membayar. Bolehkah anda hidup tanpa bergantung pada wang? Terdapat kisah sebuah keluarga yang hidup tanpa bergantung pada wang.

Raphael Fellmer dan keluarganya dari Jerman hidup tanpa menggunakan wang. Jika mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan wang, maka barulah mereka menggunakan wang.

Raphael dan keluarganya boleh dikatakan hidup secara paling sederhana dengan mendapatkan bekalan daripada bahagian buangan daripada sebuah pasaraya organik. Apabila memerlukan keperluan lain, mereka akan menggunakan sistem barter.

Raphael adalah seorang pelajar kelulusan universiti bahagian Pengajaran Eropah. Namun, pada satu peringkat dalam hidupnya, Raphael mendapati terlalu banyak perkara lain yang lebih penting di dunia selain daripada wang.

Dia memulakan hidup barunya secara sederhana walaupun ada yang mencemuh dengan cara tersebut.

Kumpulan pergerakan hidup tanpa wang yang sudah menular di Jerman menganggap Raphael seorang hero dan pemimpin mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca