Bekalan Daging Dari India Adalah Terhad, Harga Dikatakan Melambung

Daging dari India pula dilaporkan bermasalah berikutan bekalan didakwa semakin terhad di samping harganya yang melambung.

Tinjauan yang dibuat di pasar basah sekitar bandar raya ini termasuk di Pandan mendapati bekalan daging dari India dilihat tidak sebanyak seperti sebelum ini.

Harga daging import India kini turut naik kepada RM17 sekilogram (kg) berbanding hanya antara RM13 hingga RM14 sebelum ini.

Peniaga daging, Hafizul Mohamad, 40, berkata daging dari India menjadi pilihan peniaga makanan dan pengguna kerana harganya lebih murah berbanding daging segar tempatan yang lebih mahal.

Namun katanya, sejak sebelum Aidilfitri lalu, bekalan daging dari India yang diterima daripada pembekal mula berkurangan hampir separuh daripada biasa menyebabkan stok terhad.

“Keadaan semasa bekalan daging import dari India terutama bahagian batang pinang sudah mula terputus, menyebabkan peniaga makanan terutama peniaga sate selain pengguna mula mengeluh

“Pembekal memaklumkan bekalan daging dari India sukar diperoleh sejak dua minggu lalu, malah peniaga daging kini juga sukar memperoleh tulang dan paru lembu dari Australia yang menerima permintaan tinggi dari peniaga dan pengguna.

“Harga daging import dari India walaupun naik antara RM3 hingga RM4 setiap kg, ia tetap lebih murah dan menjadi pilihan peniaga makanan serta pengguna berbanding daging segar berharga RM45 kg, yang hanya menerima sambutan ketika musim perayaan.

“Pembekal ada memaklumkan daging import India menjadi rebutan banyak negara ketika ini menyebabkan bekalan terhad. Diharapkan bekalan daging India ke Malaysia tidak terjejas lama kerana ia akan memberi kesan kepada peniaga dan pengguna,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca