Beijing Membenarkan Makan Di Restoran Dan Sekatan Dilonggarkan

Beijing mula melonggarkan lagi beberapa sekatan COVID-19 dengan membenarkan makan dalam kawasan tertutup.

Ini memandangkan ibu negara China kembali normal dengan jumlah kes COVID-19 semakin menurun, selepas sekatan ketat dikenakan sejak dua bulan lalu.

Beijing Daily melaporkan, makan dalam restoran di Beijing akan dibenarkan semula esok, kecuali untuk daerah Fengtai dan beberapa bahagian daerah Changping.

Restoran dan bar dihadkan untuk perkhidmatan bawa pulang sejak awal Mei lalu.

Selain itu, semua perkara akan disambung semula dan larangan lalu lintas akan ditarik balik esok di kebanyakan kawasan di Beijing.

Pekerja di beberapa kawasan bagaimanapun masih diwajibkan bekerja dari rumah.

Penduduk perlu menunjukkan ujian saringan PRC yang diambil dalam tempoh 72 jam untuk memasuki ruang awam dan menaiki pengangkutan awam, sebagai langkah untuk menormalkan ujian COVID-19.

Beijing melaporkan 16 kes gejala tempatan baharu, meningkat daripada lima hari sebelumnya dan tiga kes tidak bergejala tempatan baharu, meningkat daripada satu.

Shanghai melaporkan enam kes gejala tempatan baharu, meningkat daripada lima dan 16 kes tidak bergejala tempatan baharu berbanding sembilan kes pada hari sebelumnya.

Tiada kematian baharu, menjadikan jumlah kematian negara sebanyak 5,226 orang dan sehingga semalam, tanah besar China mengesahkan 224,310 kes dengan simptom.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca