Beg Tangan Mewah Rosmah Rosak Akibat Diconteng

Peguam bagi perbicaraan skandal penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa beg tangan mewah yang disita dan diconteng dengan magic ink mengalami kerosakan ketika ia ditanda oleh pihak polis yang melakukan rampasan.

Menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ia disedari pada 22 Februari lalu ketika Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguam melakukan pemeriksaan terhadap barangan yang disita di Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, ini menunjukkan berlakunya isu salah laku pihak berkuasa dan pihaknya mendesak penjelasan secara terperinci berhubung insiden berkenaan.

“Beg berharga jutaan ringgit rosak kerana ia ditanda secara terus, ia menunjukkan pihak berkuasa lalai dalam menjalankan tugas terhadap barangan terbabit.

Sudahlah anak guam saya tidak diberi peluang untuk berada di lokasi ketika kesemua barangan dirampas, proses penyitaan dilakukan secara tidak teratur,” tambahnya ketika prosiding permohonan melucut hak harta di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini semalam.

Tuduhan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin yang menyatakan itu adalah satu tuduhan yang serius.

Menurutnya, pihaknya mengesahkan terdapat isu keselamatan terhadap barangan yang disita membabitkan nilai yang sangat tinggi.

Sejurus itu, mahkamah telah membenarkan permohonan Najib untuk memeriksa barangan berkenaan dan mengarahkan pemeriksaan dilakukan bersama dua lagi pemohon, Rosmah dan syarikat pemborong barangan kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL (Global Royalty).

Menurut Muhammad Jamil, sekiranya pemeriksaan tidak dapat dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia akan diperiksa oleh Najib dan Rosmah terlebih dahulu.

Beliau juga akan membenarkan Najib untuk memeriksa sendiri barangan berkenaan bersama dua peguamnya, manakala Rosmah pula akan ditemani seorang peguam.

Untuk rekod, beg tangan mewah berkenaan disita daripada premis milik Obyu Holding Sdn Bhd.

Untuk membaca artikel lain berkaitan politik Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca