Jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.

Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.
Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.

Mengikut laman web rasmi Balenciaga, beg diberi nama sebagai The Trash Pouch itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).
Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.
Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.

Terdahulu, jenama terkemuka ini pernah memperkenalkan kasut edisi terhad yang lusuh dan kotor dengan harga RM8 ribu sepasang.
Perkara ini menjadikan jenama terkenal dunia itu berani mengambil risiko dengan menampilkan produk fesyen yang pelik dan tidak masuk akal.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: