Beg Mayat Bergerak, Wanita Disahkan Mati Akibat Kanser Ovari Kembali Bernafas

Mati hidup semula. Itulah perkataan tepat bagi menggambarkan apa yang dilalui oleh wanita ini.

Selepas beberapa jam disahkan meninggal dunia oleh doktor, Gladys Rodríguez de Duarte kembali bernafas semula.

Apa yang lebih mengejutkan, dia tersedar ketika dirinya terbaring di dalam beg mayat.

Dia yang menderita akibat kanser ovari dimasukkan ke Klinik San Fernando di Coronel Oviedo pada petang Sabtu selepas mengalami komplikasi, lapor ABC Color.

Seorang pegawai kesihatan yang dikenali sebagai Dr. Heriberto Vera mengesahkan kematian wanita berusia 46 tahun itu.

Perkara itu ternyata mengejutkan suami dan anaknya selepas dimaklumkan perkara tersebut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke rumah mayat sebelum petugas melihat ada pergerakan di dalam beg berkenaan.

Selepas ditemui masih bernafas, mangsa terus dikejarkan ke unit rawatan rapi dan kini berada dalam keadaan stabil.

Suaminya, Maximino Duarte Ferreira turut membuat sebuah laporan di atas kecuaian berkenaan.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca