Bedah Siasat Nora Anne Masih Belum Selesai, Keputusan Penuh Dijangka Siap Esok

Keputusan bedah siasat Nora Anne Quoirin sebelum ini dilaporkan bakal diketahui jam 8 malam ini namun sehingga jam 8.30 malam tadi, polis memaklumkan bahawa ia masih belum selesai.

Menurut Timbalan Polis Negeri Sembilan iaitu Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, bedah siasat bermula sejak jam 11.45 pagi tadi.

“Sehingga kini proses bedah siasat masih belum selesai. Punca kematian mangsa belum diperoleh.”

“Saya tidak dapat memastikan bila ia akan selesai. Sidang media akan diadakan esok,” katanya.

Bedah siasat bagi menjawab segala persoalan berkenaan kematian gadis berusia 15 tahun itu dikendalikan seorang pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang pakar patologi HTJ dan dua orang pakar kimia DNA forensik dari Jabatan Kimia.

Terdahulu, Che Zakaria mengatakan bahawa proses tersebut mengambil masa yang agak panjang kerana mereka perlu melengkapkan laporan mengenai kematian gadis Ireland itu.

Sumber:
Harian Metro, Bernama

Artikel Lain Untuk Di Baca