Bebelan Minions Dalam Bahasa Melayu Ini Cuit Hati Warganet

Baru-baru ini, telatah Minions menjadi bualan ramai apabila mereka menggunakan beberapa patah perkataan yang kedengaran seperti bahasa Melayu dalam sebuah video teaser untuk filem Minions: The Rise of Gru.

Untuk pengetahuan anda, mereka menggunakan beberapa perkataan bahasa Melayu seperti nasi goreng, kicap manis dan terima kasih dalam video pendek berkenaan tetapi dalam dialek yang sentiasa digunakan Minions sebelum ini.

Ia mula-mula mencuri perhatian ramai apabila TGV memuat naik sebuah hantaran dalam laman Facebook mereka, “Adakah Bob (Minions) baru sahaja meminta nasi goreng kicap manis?”

Minions: The Rise of Gru – New Clip

Did Bob just ask for "Nasi Goreng Kicap Manis"? 🤯#Minions: #TheRiseOfGru is coming to #TGVCinemas July 2021.

Posted by TGV Cinemas on Saturday, November 28, 2020

Walaupun durasi video berkenaan tidak sampai seminit dan orang ramai hanya mampu faham tiga patah perkataan sahaja, ia tetap cukup untuk membuatkan warganet teruja dengan perkara tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terhibur dengan perkara ini:

Buat anda yang masih keliru, artikel Loopers ini telah menjelaskan dengan terperinci tentang bahasa yang digunakan para Minions ini. Sekiranya anda mahu tahu, bahasa Minions ialah constructed language. Secara ringkasnya, ia membawa maksud bahasa yang dibina atau telah direka.

Untuk pengetahuan anda, dua pengarah bersama filem berkenaan iaitu Pierre Coffin dan Chris Renaud telah menghasilkan bahasa khas digunakan oleh watak-watak yang sinonim dengan warna kuning ini.

Sumber: The Moonlite

“Minionese terhasil daripada beberapa bahasa sebenar termasuk Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jepun, Itali, India dan lain-lain,” jelas artikel berkenaan.

Artikel daripada portal Vox ini turut mengesahkan bahawa Minionese ataupun turut dikenali sebagai bahasa pisang ini terhasil secara spontan dan ia turut meminjam beberapa perkataan daripada bahasa-bahasa sebenar di dunia.

“Coffin telah menjelaskan bahawa Minion berbual dalam bahasa yang dia ciptakan secara spontan walaupun ia diselitkan dengan perkataan atau frasa yang sesekali dipinjam daripada bahasa sebenar,” jelas mereka.

Pada pendapat anda, adakah bahasa Melayu akan membuat lebih banyak kemunculan dalam filem berkenaan pada masa hadapan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca