Buka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik, Ini Cara Warga China Rai Kejayaan Bebas COVID-19

Sementara negara lain masih belum bebas COVID-19, lain pula yang terjadi di China apabila ramai dalam kalangan mereka nampaknya sudah tidak sabar untuk menjual dan menjamah produk yang terdiri daripada haiwan eksotik kepada orang ramai.

Menurut laporan, kelawar yang merupakan punca penularan wabak COVID-19 antara yang masih terjual sekaligus mengundang kerisauan buat orang ramai. Bukan itu sahaja, bahkan haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking antara yang tersedia untuk disembelih mengikut kehendak pengguna.

Perkara itu menimbulkan kerisauan di seluruh dunia kerana tabiat buruk segelintir warga China yang secara tidak langsung bakal mengundang kepada gelombang baharu penularan wabak COVID-19.

Mulai beroperasi seawal 28 Mac lalu, warga China berpendapat negara mereka sudah bebas sepenuhnya daripada COVID-19.

Apa yang membezakan pasar basah yang dibuka pada kali ini dengan sebelum penularan wabak COVID-19 ialah kehadiran pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di media sosial.

Di samping itu, terdapat juga propaganda yang dilaporkan dan dikongsi melalui platform media sosial China iaitu Weibo yang mengatakan wabak COVID-19 pada awalnya bukan berasal dari China sebaliknya negara Itali dan sekaligus menolak spekulasi mereka yang membuatkan wabak ini mulai merebak.

Setakat ini, Amerika Syarikat serta beberapa negara lain antara yang mula berasa ragu dengan berita yang dikeluarkan oleh negara China pada ketika ini selepas mendakwa China mengeluarkan jumlah angka kes dan kematian yang palsu mengenai COVID-19 kepada orang ramai.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca