Bebas COVID-19, Kesihatan 10,000 Pelajar UiTM Di Kampus Berada Pada Tahap Terbaik

Keadaan kesihatan lebih 10,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak pulang ke rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap terbaik dan yang paling utama bebas daripada jangkitan wabak COVID-19.

Naib Canselor UiTM iaitu Profesor Emeritus Dr. Mohd Azraai Kasim berkata, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, pelajar yang menetap di dalam dan luar kampus di seluruh negara tidak dibenarkan keluar serta saringan kesihatan dilakukan jika ada dalam kalangan mereka menunjukkan gejala terhadap virus berkenaan.

“Selaras dengan pelaksanaan PKP, Pusat Kesihatan UiTM di semua kampus seluruh negara juga beroperasi 24 jam setiap hari bagi memastikan kesihatan 10,000 pelajar ini sentiasa terjaga.

“Untuk makanan para pelajar pula, UiTM menyediakan hidangan tiga kali sehari dengan menu berlainan setiap hari. Bagi pelajar yang tinggal di luar kampus, mereka turut dibekalkan dengan makanan seperti mi segera, biskut dan juga gula,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Dr. Azraai menyerahkan sumbangan sebanyak 500 unit peralatan perlindungan diri (PPE) yang merangkumi 300 alat pelindung muka dan 200 pakaian petugas barisan hadapan yang dihasilkan oleh warga UiTM kepada Angkatan Pertahanan Awam. Sempena majlis itu, kira-kira 150 pelajar menyertai program menderma darah selama dua hari anjuran Pusat Darah Negara.

Diharapkan para pelajar terus patuh pada PKP dan mengamalkan langkah pencegahan secara konsisten. Semoga pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah terus bersabar dan memahami situasi ini sebaiknya.

Untuk baca artikel lain tentang UiTM, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca