“BBQ Termahal Dalam Sejarah” Lamborghini Ini Rosak Setelah ‘Overheat’

Tuan kepada sebuah Lamborghini di China didapati telah menggunakan kereta mewahnya itu untuk memasak barbeku cucuk.

Kejadian tersebut berlaku di Changsha, Hunan pada 29 Mei lepas dimana empunya kereta dan beberapa temannya masak barbeku menggunakan haba paip ekzos.

Menurut media China, mereka berkumpul di sebuah parkir bawah tanah dan berpendapat ia adalah satu perkara yang menarik untuk dilakukan.

Pemilik kereta mewah itu menekan pedal minyak Lamborghini secara berterusan untuk menghasilkan haba yang tinggi, manakala kawannya menghulur barbeku cucuk di depan paip ekzos kereta.

Namun, disebabkan pelepasan haba tinggi yang berterusan, Lamborghini tersebut ‘overheat’ dan telah mengeluarkan asap putih dari bahagian belakangnya.

Menyedari perkara yang berlaku, tuan kereta itu bergegas turun untuk melihat bahagian belakang Lamborghini berkenaan.

Didapati, tangki air kereta tersebut telah meletup dan menyebabkan cecair penyejuk antibeku berwarna merah juga terkeluar sekali.

Mereka yang berada di tempat kejadian bukan sahaja terkejut kerana kagum malah dilihat tertawa sambil menolak kereta tersebut ke dalam trak penunda.  

Laporan mendapati kos pembaikan kereta mewah itu beranggaran dalam 500,000 yuan iaitu RM323,000.    

Warganet berpendapat barbeku cucuk tersebut merupakan barbeku termahal dalam sejarah dan mereka mempersoalkan kenapa tindakan sedemikian perlu dilakukan. 

“Inilah sebab kenapa kita tak boleh faham dunia orang kaya”

“Dia buat Lambo itu berdarah! Terlalu banyak duit tapi tiada kebijaksanaan, dia tak layak untuk kereta itu!”

“Nasib baik LaFerrari tak tercedera.”

Tonton video tersebut di bawah:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca