Bazar Ramadan Dibenarkan Beroperasi Pada Tahun Ini Mengikut SOP

Perdana Menteri, Dato’ Sri  Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan untuk meneruskan kegiatan ekonomi pada tahun ini termasuklah pembukaan Bazar Ramadan.

Walau bagaimanapun, kata beliau prosedur operasi standard (SOP) akan diperhalusi dan bakal diumumkan nanti.

“Kita tidak akan tutup aktiviti perniagaan seperti yang saya katakan sebelumnya untuk hari raya, bulan puasa, Bazar Ramadan akan beroperasi seperti biasa,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan peniaga Bazar Ramadan berasa risau sekiranya mereka tidak dapat berniaga kerana pertambahan kes Covid-19 sejak lebih sebulan lalu.

Semalam, terdapat pertambahan kes baharu COVID-19 mencatatkan 22,802 kes menjadikan kumulatif kes telah mencecah lebih 3 juta.

Pada minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penganjuran Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan, dan akan dilaksanakan seperti biasa mengikut SOP sedia ada.

Pada tahun 2020, operasi Bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19, manakala pada tahun lalu pula, operasi Bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenarkan beroperasi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca