Bazar Ramadan Di Selangor Dibatalkan

Hari ini, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri itu buat ketika ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada pemberita pada majlis pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di Shah Alam, hari ini.

Katanya lagi, perkara itu dibincangkan pagi tadi dan arahan pembatalan secara rasmi akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya juga sudah berbincang dengan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara atas talian dan mendengar cadangan mereka mengenai isu ini.

“Saya percaya nanti, mungkin akan ada bazar Ramadan atas talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran atas talian,” katanya.

Perkara ini pastinya memberi kesan kepada kebanyakan pihak kerana sebelum ini bazar ramadan merupakan tempat tumpuan ramai. Tetapi, pembatalan ini untuk kebaikan semua pihak juga. Diharapkan seluruh rakyat Malaysia terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan supaya penularan COVID-19 dapat dihentikan dengan segera.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca